Kylie Jenner Suntik Bibir Pada Usia 15 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 15 September 2017 5:00 AM

Wajah sebelum Kylie (kiri) dan penampilannya yang kini menunjukkan perubahan ketara.

(Ubah saiz teks)

BINTANG realiti Kylie Jenner mendedahkan dia mula membuat suntikan pada bibirnya agar kelihatan lebih menarik sejak berusia 15 tahun.

Mendedahkan perkara itu menerusi program realitinya, Life of Kylie, dia memberitahu kekurangan keyakinan diri punca utama dia mengambil tindakan drastik mengubah penampilannya.

"Saya pernah menyukai seorang lelaki dan dia tidak menyukai bibir saya yang kelihatan nipis dan kata-katanya itu membuatkan saya kehilangan keyakinan diri.

"Ia membuatkan saya hilang semangat dan sentiasa merasakan diri saya tidak cantik," katanya dalam satu babak dia bertemu ahli terapi dalam program itu.

Sejak 2014, spekulasi Kylie melakukan pembedahan pada bahagian bibirnya mula menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminatnya namun dia menyangkal dakwaan tersebut.

Kylie juga didakwa melakukan beberapa lagi pembedahan plastik pada tubuhnya dan dia diselar teruk oleh peminat kerana usianya masih muda.

Tags / Kata Kunci: Kylie Jenner , Life of Kylie

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan