Solekan Tebal Pada Hari Nikah Laudya Dikritik

Diterbitkan: Rabu, 13 September 2017 6:10 AM

Solekan yang dikenakan kepada Bella (tengah) mendapat kritikan netizen yang merasakan ia tidak sesuai dengan wajah pelakon itu. Foto: Dari Instagram Nora Danish.

(Ubah saiz teks)

DI SEBALIK kemeriahan majlis perkahwinan pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella dengan usahawan Malaysia Engku Emran, ada kritikan oleh netizen mengenai solekan wajah Bella yang dikatakan tidak sesuai dengan pelakon cantik itu.

Peminat menganggap solekan yang dikenakan kepada Bella terlalu sarat dan wanita itu lebih cantik mengenakan solekan ringkas seperti kebiasaan.

Berbeza pandangan dengan netizen, pereka fesyen popular Indonesia iaitu Ivan Gunawan mempunyai pendapat tersendiri mengenai gaya solekan yang diberi kepada pelakon Surga Yang Tak Dirindukan 2 itu.

Menurut portal hiburan bintang.com, Ivan berkata setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri dan netizen yang memberi komen bukanlah seorang jurumekap profesional yang mempunyai ilmu mengenai hal solekan.

Ivan Gunawan mengakui solekan Bella semasa majlis pernikahan bagus dan sempurna.

"Setiap orang ada impian perkahwinan, jadi netizen tidak boleh memberi kritikan begitu kerana mereka bukan jurumekap yang mempunyai ilmu mengenai solekan.

"Bagi saya, solekannya bagus dan sempurna," katanya.

Dalam pada itu, Ivan yang juga juri rancangan realiti D'Academy Asia ini berkata terdapat pelbagai faktor yang membuatkan solekan Bella kurang menyerlah antaranya pencahayaan yang kurang ketika foto tersebut diambil.

"Kemungkinan kurang pencahayaan di ruangan tersebut menyebabkan solekan Bella tidak menyerlah.

"Jenis kamera yang mengambil foto tersebut juga harus diambil kira kerana semasa itu semua orang mahu bergambar, jadi mungkin foto yang diambil tidak sempurna sehingga menganggu kualiti imej yang dirakam," ujarnya.

Bella dan Engku Emran bernikah pada 8 September lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan