Kim Kardashian Bogel Atas Pokok

Diterbitkan: Jumaat, 8 September 2017 5:10 AM

Kim Kardashian dikatakan sentiasa berasa obses dengan bentuk tubuhnya.

(Ubah saiz teks)

RASA bangga dan teruja dengan bentuk tubuh sendiri membuatkan model popular Kim Kardashian sanggup buat apa sahaja demi kepuasan diri. 

Pernah muncul tanpa busana di beberapa majalah untuk sesi fotografi sebelum ini, Kim semakin obses melakukan perkara itu dengan menayangkan tubuhnya dalam keadaan yang disifatkan kurang wajar.

Lebih keterlaluan, dia turut memuatnaik foto terbarunya di laman Instagram.

Seperti disampaikan Ace Showbiz pada Rabu, tubuh bogel Kim Kardashian sedang 'berposing' di atas pokok dengan penuh bergaya.

Dalam foto hitam putih itu, Kim menanggalkan keseluruhan busananya kecuali kasut.

Gambar berkonsep hitam putih ini turut dimuatnaik Kim Kardashian di laman Instagramnya pada Rabu.

Aksi bintang TV berusia 36 tahun itu berada dalam posisi yang selesa sambil menutupi bahagian alat sulitnya. 

Namun payudara isteri Kanye West itu tetap terlihat dengan jelas di kamera. Meskipun begitu, ketika foto tersebut dimuatnaik, ia menutupi bahagian dadanya dengan emoji bintang.

Menerusi keterangan foto tersebut, Kim Kardashian sedang menjalani fotogtafi untuk sebuah buku foto untuk Mert Alas dan Marcus Piggot.

"Rasa bangga dan diberi penghotrmatan dapat bekerjasama dengan Mert dan Marcus untuk buku baru mereka! Bayangkan, buku ini melalui proses 20 tahun pembikinannya!" tulisnya.

Tags / Kata Kunci: Kim Kardashian

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan