Zayn Malik, Gigi Hadid Rai Aidiladha

Diterbitkan: Selasa, 5 September 2017 5:05 AM

Hubungan Zayn Malik dan Gigi Hadid bukan lagi rahsia.

(Ubah saiz teks)

DI SAAT seluruh umat Islam menyambut kemeriahan perayaan hari raya Aidiladha baru-baru ini, nampaknya pasangan Gigi Hadid dan Zayn Malik tidak mahu ketinggalan meraikannya.

Apa yang lebih menarik, pasangan popular ini juga turut menyambut perayaan tersebut bersama-sama ibunda Gigi, Yolanda Hadid serta ibunda Zayn, Trisha Malik.

Malah kenangan perayaan tersebut telah dimuatnaik oleh Yolanda Hadid di Instagram pribadinya, @yolanda.hadid, pada Sabtu lalu.

Menerusi gambar tersebut, kelihatan Zayn mengenakan baju T hitam diapit oleh ibunya dan Gigi Hadid. Sementara Yolanda Hadid berdiri di sisi puterinya.

Dalam suasana penuh ceria di mana kesemua yang ada melontarkan senyuman ke arah kamera, Yolanda menulis  dalam keterengan gambar tersebut. "Eid Mubarak kepada semua yang merayakannya..." tulisnya.

Inilah foto yang dimuatnaik Yolanda dan Trisha di laman Instagram sehingga mendapat komen positif daripada netizen.

Trisha kemudiannya turut memuatnaik gambar tersebut di halaman Instagram miliknya sendiri. "Eid Mubarak untuk semuanya... #BlessedDay," katanya kepada pengikut-pengikutnya.

Nampaknya netizen menyambut positif foto yang dimuatnaik ini.

"Shukran! Hope you and your family had a blessed Eid too! @yolanda.hadid," ujar seorang netizen bernama @ohsaarahadams.

"Love this pic so much. Relationship goal. God Blessed," kata pelayar Internet bernama @heyilidias pula.

Seorang lagi netizen iaitu @rimalfalah turut menitipkan ucapan berbunyi, "Eid Mubarak to your beautiful families and all Muslim families around the world".

Tags / Kata Kunci: Zyan Malik , Gigi Hadid

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan