Lagu Baharu Taylor Swift Pecah Rekod Youtube

Diterbitkan: Jumaat, 1 September 2017 5:40 AM

Album baharu Taylor berjudul Reputation bakal dilancarkan pada 10 November depan.

(Ubah saiz teks)

KEMUNCULAN penyanyi Taylor Swift dengan single terbaharunya iaitu Look What You Made Me Do nampaknya memberi impak besar kepada kariernya.

Mana tidaknya Taylor berjaya memecah rekod Youtube apabila muzik video lagu tersebut mendapat tontonan sebanyak 73 juta hanya dalam masa tiga hari.

Malah dalam masa 24 jam video itu dilancarkan Look What You Made Me Do mendapat tontonan 43.2 juta.

Ia sekaligus memecah rekod dipegang Psy menerusi lagu Gentleman yang ditonton sebanyak 36 juta dalam tempoh sama.

Album terbaharu Taylor yang berjudul Reputation bakal dilancarkan pada 10 November depan.

Tags / Kata Kunci: Taylor Swift

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan