Yang Lama Belum Laku, Adam & Behati Beli Rumah Lagi

Diterbitkan: Selasa, 29 Ogos 2017 5:40 AM

Adam Levine & Behati Prinsloo berpuashati dengan rekaan rumah baru mereka berkonsep ala gaya Perancis.

(Ubah saiz teks)

AKHIR tahun lalu, pasangan Adam Levine dan Behati Prinsloo memutuskan untuk menjual rumah mereka yang terletak di Beverly Hills.

Namun sayangnya, hingga saat ini pasangan yang dikurniakan seorang anak ini masih belum menemui pembeli yang tepat.

Pun begitu, hal tersebut rupanya tidak menghalang niat vokalis Maroon 5 dan Angel Victoria's Secret ini untuk membeli sebuah lagi rumah.

Seperti dilapor Variety, kedua-duanya sebelum ini telah membeli sebuah kediaman mewah yang terletak di kawasan Holmby, California.

Malah dikatakan Adam dan Behati berhabis banyak duit untuk memiliki penginapan bergaya Perancis vintage tersebut iaitu sebanyak AS$18 juta atau RM76 juta. Wow! Lihat sahaja rumahnya! Cantik bukan!

Kediaman ala Perancis bernilai RM76 juta dibeli Adam dan Behati tampak begitu mewah.

Bukan hanya rekabentuk dalaman bergaya 1960-an yang membuat penginapan itu nampak menarik perhatian tetapi juga kemudahan yang tersedia termasuk lima bilik, enam bilik air, ruang tamu serta dapur yang dibuat cukup luas.

Binaanya juga sangat luas dengan dinding kaca sekitar 850 meter persegi serta keluasan keseluruhan mencapai setengah hektar. 

Tidak lengkap tanpa kolam renang yang menjadi daya tarik tersendiri pada rumah ini.

Dikatakan rumah tersebut mula dijual pada September bulan lalu dengan harga AS$ 19.9 juta atau RM80 juta.

Nampaknya Adam dan Behati cukup pandai tawar-menawar!

Tags / Kata Kunci: Adam Levine

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan