‘Despacito’ Bakal Pecah Rekod 22 Tahun Mariah Carey

Diterbitkan: Isnin, 21 Ogos 2017 5:40 AM

Lagu Despacito nyanyian penyanyi latin iaitu Luis Fonsi dan Daddy Yankee berjaya mencuri perhatian pendengar di seluruh dunia.

(Ubah saiz teks)

POPULARITI luar biasa lagu nyanyian Luis Fonsi, Daddy Yankee dan Justin Bieber berjudul Despacito nampaknya masih belum reda dan masih menjadi kegilaan pendengar di seluruh dunia.

Malah lagu Despacito versi remix yang dilancarkan di Amerika Syarikat sangat berjaya dan kini selesa berada di kedudukan tangga pertama carta Billboard 100 selama 14 minggu berturut-turut.

Lagu itu juga dijangka memecah rekod 22 tahun yang dipegang oleh diva terkenal, Mariah Carey menerusi lagu One Sweet Day, duet bersama Boyz II Men yang mengungguli Billboard 100 selama 16 minggu berturut-turut pada 1995-1996.

One Sweet Day lagu paling lama berada di tangga pertama dalam sejarah muzik Amerika dan turut menerima anugerah Lagu Sepanjang Dekad (1990-1999).

Despacito hanya perlu bertahan selama tiga minggu di tangga pertama untuk memecah rekod tersebut.

Ramai meramalkan Despacito bakal memecah rekod itu memandangkan lagu itu sangat popular ketika ini di Amerika selain tiada pesaing terdekat merampas kedudukan tempat pertama.

One Sweet Day lagu paling lama berada di tangga pertama carta Billboard.

Jika rekod itu berjaya dipecahkan, Despacito akan menjadi lagu bukan berbahasa Inggeris pertama berjaya mencatat sejarah dalam carta Billboard.

Sebelum ini beberapa lagu cuba memecahkan rekod Mariah namun gagal dan hanya mampu bertahan selama 14 minggu sahaja di tangga pertama.

Ini termasuk lagu Mariah sendiri iaitu We Belong Together yang dilancarkan pada 2005 dan bertahan di tangga pertama selama 14 minggu.

Antara lagu yang berada di tempat pertama selama 14 minggu adalah Whitney Houston (I Will Always Love You), Boyz II Men (I’ll Make Love to You), Los Del Rio (Macarena), Elton John (Candle in the Wind/Something About the Way You Look Tonight), Black Eyed Peas (I Gotta Feeling) dan Mark Ronson and Bruno Mars (Uptown Funk).

Untuk rekod, sepanjang 27 tahun kariernya dalam bidang muzik, Mariah mempunyai 18 buah lagu berada di tangga pertama carta Billboard 100 dan ia paling banyak untuk artis solo.

Kumpulan legenda, The Beatles masih mengungguli dengan 20 buah lagu di tangga pertama carta itu.

Tags / Kata Kunci: Despacito , One Sweet Day , Mariah Carey

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan