Aishwarya Rai Beli Rumah Di New York - Bintang Global | mStar

Aishwarya Rai Beli Rumah Di New York

Diterbitkan: Sabtu, 19 Ogos 2017 5:00 AM

aish

Aishwarya Rai

(Ubah saiz teks)

PASANGAN pelakon Bollywood Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan dilaporkan sudah membeli sebuah rumah di New York.

Rumah pangsapuri itu dikatakan terletak di kawasan Manhattan iaitu satu lokasi paling mewah di kota berkenaan.

Seperti dipetik Pinkvilla, Aishwarya Rai dan suami menjadikan pangsapuri mewah sebagai tempat kediaman apabila mereka bercuti di sana.

Sumber memberitahu, pasangan itu membeli rumah berkenaan setahun lalu.

New York mempunyai kenangan manis buat pasangan berkenaan kerana mereka mengadakan majlis pertunangan di sebuah hotel mewah di bandar itu.

Tags / Kata Kunci: Aishwarya Rai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan