David Beckham Bina Istana Lego

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 5:00 AM

Beckham bersama satu-satu puteri kesayangannya, Harper.

(Ubah saiz teks)

BERKONGSI perihal keluarga Beckham, pasti tidak terlepas daripada memperkatakan soal kasih sayang antara mereka.

Sering kali berkongsi kegembiraan tersebut di media sosial, tidak hairan kalau mereka disebut-sebut sebagai sebuah keluarga selebriti yang paling harmoni di Hollywood.

Malah David sebagai ketua keluarga juga tidak malu untuk menunjukkan rasa kasihnya kepada putera dan puterinya.

Buktinya, seperti yang baru saja dikongsi oleh beliau melalui akaun Instagramnya, suami kepada Victoria Beckham ini menunjukkan kerja kerasnya membina istana mainan Lego untuk anak perempuannya, Harper Beckham.

Beckham memuatnaik gambar istana lego untuk harper di laman Instagramnya pada Selasa.

Tak mudah bagi seorang bernama David untuk menyusun blok-blok lego tersebut sehingga tersusun megah dan cantik seperti yang dapat dilihat dalam gambar ini.

"Sudah selesai. Esok pagi bakal ada yang dapat surprise," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.

Difahamkan David mengambil masa kira-kira seminggu untuk menyusun mainan tersebut dengan sempurna.

Sebelumnya, David sendiri juga sempat berkongsi detik-detik dia mula memasang kira-kira 4,000 bahagian istana tersebut.

Kesungguhan Beckham merujuk pada buku arahan pemasangan setebal 490 mukasurat dipuji netizen.

Selain banyak memberi fokus pada bahagian kecil yang harus disusun, David juga harus membaca buku arahan setebal 490 halaman.

Pada saat itu, David sendiri mengaku bingung, namun di sisi lain lelaki 42 tahun itu juga merasa teruja untuk menyelesaikannya.

Selama ini, David memang dikenali sebagai ayah yang sangat sayangkan anak-anaknya. Tak hairan jika ramai wanita yang mendambakan suami sepertinya.

Tags / Kata Kunci: David Beckham

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan