Justin Bieber Tidak Dilayan Cuba Pikat Wanita

Diterbitkan: Ahad, 13 Ogos 2017 5:10 AM

Jessi memuatnaik paparan skrin Justin Bieber itu kerana tidak mahu orang tersalah anggap pada dirinya.

(Ubah saiz teks)

TIDAK dinafikan Justin Bieber antara penyanyi yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia.

Memiliki suara merdu, badan tegap, wajah memikat dan harta yang banyak, pasti setiap wanita tidak mahu menolak seandainya cuba didekati penyanyi lagu Despacito ini.

Dalam situasi ada di antara peminat tegarnya dari Belibers (kelab peminat Justin Bieber) yang mengakui tidak selalunya bernasib baik untuk bertemu wajah dengan figura tersohor itu, seorang wanita bernama Jessica Cagober telah menolak mentah-mentah hasrat Bieber untuk mendekatinya.

Paparan skrin yang dimuatnaik Jessi di laman Instagramnya.

Jessica Cagober atau mesra disapa Jessi merupakan seorang wanita cantik yang bekerja di sebuah gimnasium di Georgia.

Cerita bermula di saat pihak gimnasium tersebut memuatnaik sebuah video Jessi sedang mempromosikan minuman bertenaga di di Instagram rasmi pusat kecergasan itu.

Jessi yang pada ketika itu sedang mengenakan pakaian sukan ketat tanpa disangka telah menarik perhatian Justin sebelum Justin dilihat meninggalkan mesej di Instagram tersebut.

Buntu dengan sikap playboy Justin, Jessi kemudiannya berkongsi hal tersebut melalui akaun Instagram peribadi miliknya dengan membuat paparan skrin Justin agar tidak disalah-erti peminat.

Jessi bertindak memuatnaik gambar bersama teman lelakinya sejurus dia berkongsi mengenai tindakan Justin Bieber yang berusaha mendekatinya.

"Adakah ini betul-betul terjadi apabila Justin Bieber baru sahaja meninggalkan komen di tempat aku bekerja dan bertanyakan soal aku," tulisnya.

Penolakan Jessi sendiri ternyata beralasan. Tidak lama selepas dia berkongsi mengenai perkara itu, Jessy kemudian memuatnaik foto-foto mesra bersama teman lelakinya.

"Aku miliki segalanya yang aku perlukan," tulis Jessi ringkas pada keterangan gambar tersebut.

Tags / Kata Kunci: Justin Bieber , Jessica Cagober

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan