Seronok Bercuti, Rumah Hilary Duff Dirompak - Bintang Global | mStar

Seronok Bercuti, Rumah Hilary Duff Dirompak

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 1:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEDANG sibuk bercuti di Kanada, kediaman mewah Hilary Duff di Los Angeles dimasuki pencuri pada minggu lalu.

Seperti dipetik BuzzFeed, aktres tersebut kehilangan perhiasan mewah yang bernilai jutaan ringgit.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

"Hilary bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan yang menimpa keluarganya dan pembantu rumah ketika rompakan itu," ujar sumber.

Tambah sumber, kediaman tersebut kini sedang dalam pengawasan ketat pihak polis.

Tags / Kata Kunci: Hilary Duff
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan