Stevie Wonder Kahwin Kali Ketiga

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 5:45 AM

Stevie Wonder dan Tomeeka Robyn melangsungkan perkahwinan di Los Angeles baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KALAU dah jodoh... Penyanyi legenda Stevie Wonder berkahwin buat kali ketiga pada usia 67 tahun dengan Tomeeka Robyn Bracy baru-baru ini.

Stevie dan Tomeeka, 42, diraikan dalam sebuah majlis mewah yang diadakan di Bel-Air, Los Angeles dan dihadiri oleh keluarga dan teman rapat pasangan itu.

Penyanyi latar Stevie, Marqueta Pippens yang turut mengadakan persembahan pada majlis itu turut berkongsi video dan gambar perkahwinan pasangan itu di Instagram.

Bagaimanapun menyedari Instagram miliknya menjadi perhatian dia menutup akses akaunnya daripada dilihat oleh orang luar.

Sebelum ini, Stevie pernah berkahwin dengan Syreeta Wright pada 1970 namun mereka bercerai dua tahun kemudian.

Selepas 30 tahun menduda, penyanyi lagu You And I itu kemudiannya berkahwin dengan Kai Millard pada 2001 namun mereka berpisah pada 2012.

Stevie mempunyai tujuh anak hasil daripada dua perkahwinannya sebelum ini dan bersama Tomeeka, mereka mempunyai dua cahaya mata bersama.

Tags / Kata Kunci: Stevie Wonder

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan