Vokalis Linkin Park, Chester Bennington Dipercayai Bunuh Diri

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 5:59 AM

Chester Bennington - FOTO: Reuters

(Ubah saiz teks)

PENYANYI kumpulan Linkin Park iaitu Chester Bennington meninggal dunia pada usia 41 tahun selepas dipercayai membunuh diri.

Laporan menyebut, mayat Chester ditemui di kediamannya di Palos Verdes Estates, Los Angeles kira-kira pukul 8.56 pagi, Khamis (waktu tempatan).

Perkara itu turut disahkan oleh oleh pihak polis Los Angeles selepas portal TMZ melaporkan penyanyi itu meninggal dunia selepas menggantung dirinya.

Bagaimanapun pihak berkuasa tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenai kematian Chester.

Chester bersama Linkin Park kini sedang dalam rangka konsert jelajah One More Light dan dijangka akan mengadakan persembahan di Xfinity Centre, Massachusetts pada 27 Julai ini.

Pemuzik terkenal itu sebelum ini mempunyai sejarah ketagihan dadah dan alkohol namun tidak dapat dipastikan adakah ia mempunyai kaitan dengan tindakan mengambil nyawanya sendiri.

Chester meninggalkan enam cahaya mata daripada dua perkahwinan termasuk bersama Talinda Ann Bentley yang dikahwininya selama 12 tahun.

Laporan juga menyebut kematian Chester berlaku pada hari jadi rakan baiknya penyanyi Chris Cornell yang turut membunuh diri pada Mei lalu.

Malah Chester turut menghadiri dan mengadakan persembahan pada upacara pengebumian bagi menghormati rakannya itu.

Chester bersama Linkin Park menjadi fenomena di seluruh dunia apabila Meteora yang dilancarkan pada 2003 melonjakkan nama mereka sekali gus album itu dinamakan sebagai karya rock indie terbaik sepanjang zaman.

Tags / Kata Kunci: Linkin Park , Chester Bennington

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan