2.9 Bilion Tonton 'See You Again'

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 7:00 AM

Lagu nyanyian Charlie Puth dan Wiz Khalifa kini video paling banyak ditonton di Youtube.

(Ubah saiz teks)

LAGU See You Again yang dinyanyikan oleh Wiz Khalifa dan Charlie Puth kini menjadi video paling banyak jumlah tontonan di YouTube.

Ia sekali gus memecahkan rekod yang dipegang oleh penyanyi dari Korea Selatan, Psy menerusi lagunya Gangnam Style.

Sehingga kini, See You Again mendapat jumlah tontonan sebanyak 2.9 bilion berbanding Gangnam Style iaitu 2.8 bilion.

Gangnam Style menjadi video pertama di YouTube yang mendapat tontontan melebihi 1 bilion.

Charlie menerusi Twitter melahirkan rasa tidak percaya dengan berita terbaharu itu namun berbangga dapat menjadi sebahagian daripada sejarah.

"Saya menyertai YouTube pada 2007 dan ketika itu saya menyasarkan untuk mendapat 10,000 tontontan dan tidak sangka pula 10 tahun kemudian video kami menjadi sejarah," tulisnya.

See You Again adalah lagu runut bunyi untuk filem Fast and Furious 7.

Ia dimuat naik di YouTube pada 6 April 2015.

Tags / Kata Kunci: See You Again , Psy , Gangnam Style

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan