Jessica Alba Hamil Anak Ketiga

Diterbitkan: Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Jessica dan Cash Warren menantikan kelahiran anak ketiga mereka.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Jessica Alba mengumumkan berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil anak ketiga di Instagramnya pada Selasa. 

Jessica Alba, 36, memuat naik video bersama dua orang anaknya, Honor Marie Warren, 9, dan Haven Garner Warren, 5, yang memegang belon berbentuk angka 1 dan 2 manakala dia memegang angka 3.

Menerusi kapspyen di video tersebut, Jessica Alba memberitahu dia dan suaminya, Cash Warren menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

"Secara rasmi @cash_warren dan saya sedang menantikan kelahiran anak ketiga kami. #babyonboard #herewegoagain #blessed," tulis Jessica Alba. 

Pelakon wanita tersebut kelihatan lebih anggun dengan bergaun hitam dan berkasut tinggi.

Dalam salah satu temubual, pelakon Fanstatic Four ini pernah memberitahu betapa dia gembira menjadi seorang ibu. Malah, dia menikmati hari-harinya sebagai ibu kepada dua orang anaknya biarpun sibuk sebagai pengusaha dan selebriti.

"Jadi ibu sangat mengagumkan dan saya sangat gembira. Saya pernah rasa stres dan bimbang dengan tubuh badan sebelum mempunyai anak.

"Tapi sekarang sata tahu betapa perkara tersebut tidak penting. Menjadi seorang ibu memberikan saya sebuah perspektif baru.

"Hamil dan melahirkan anak membuat saya lebih menghargai tubuh badan," katanya menerusi majalah Famale First.

Jessica dan Cash Warren berkahwin pada tahun 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. 

Tags / Kata Kunci: Jessica Alba

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan