Beyonce Kongsi Wajah Anak Kembar

Diterbitkan: Ahad, 16 Julai 2017 5:30 AM

Beyonce bersama anak kembarnya, Sir Carter dan Rumi.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Beyonce akhirnya memuat naik gambar anak kembarnya iaitu Sir Carter dan Rumi di Instagram pada Jumaat lalu.

Seperti kebiasaan Beyonce memilih cara paling unik untuk memperkenalkan anak-anaknya dan ia segera mendapat pujian peminat.

Diselubungi dengan kain dengan corak flora lengkap dengan selendang di kepala, Beyonce memangku anak-anaknya untuk diperkenalkan kepada dunia.

Sehingga kini, gambar tersebut sudah pun mendapat sembilan juta tanda suka berserta ucapan tahniah daripada pengikutnya di Instagram.

Beyonce turut memuat naik gambar terbaharunya bersama suaminya, Jay-Z.

Beyonce dalam entri itu memberitahu anaknya kini genap berusia sebulan dan ia bermakna pasangan kembar itu dilahirkan pada 16 Jun lalu.

Sebelum ini Beyonce dan suaminya, Jay-Z berahsia mengenai kelahiran anak mereka selain jantina mereka sehingga menjadi tanda tanya peminat.

Semenatara itu, ibu Beyonce, Tina Lawson pula mengesahkan anaknya itu melahirkan sepasang kembar lelaki dan perempuan.

Malah Tina turut memberitahu dia lega Beyonce akhirnya mendedahkan mengenai anak kembarnya itu kepada umum.

Dalam perkembangan sama, peminat turut memuji bentuk badan Beyonce yang kelihatan menarik walaupun baharu sahaja melahirkan cahaya mata.

Pasangan itu turut mempunyai anak perempuan iaitu Blue Ivy Carter yang kini berusia lima tahun.

Tags / Kata Kunci: Beyonce , Sir Carter , Rumi

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan