Anak Dapat Harta Carrie Fisher Bernilai RM120 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 15 Julai 2017 5:30 AM

Carrie Fisher bersama satu-satu anaknya, aktres Billie Lourd.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Billie Lourd yang juga anak kepada mendiang Carrie Fisher diumumkan sebagai pewaris kepada semua harta peninggalan bintang Star Wars itu.

People melaporkan harta ditinggalkan Carrie diserahkan sepenuhnya kepada Billie termasuk wang dalam bank, hartanah, kediaman dan insurans nyawa.

Harta peribadi Carrie seperti kenderaan, barangan kemas, lukisan dan barang antik milik pelakon itu turut diserahkan kepada Billie.

Billie, 24, turut mendapat royalti buku dihasilkan Carrie termasuk semua hak cipta bawah nama ibunya itu.

Beberapa barangan ikonik milik Carrie akan dijual dalam sebuah acara lelongan pada September depan dan hasil jualan itu akan diserahkan kepada badan kebajikan.

Bagaimanapun tidak dinyatakan jumlah keseluruhan harta milik Carrie yang diserahkan kepada Billie namun dilaporkan ia berjumlah lebih daripada AS$30 juta (RM120 juta).

Pelakon yang terkenal menerusi watak Princess Leia itu meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada dalam pesawat dari London ke Los Angeles pada 23 Disember lalu.

Carrie berusia 60 tahun ketika itu.

Lebih menyedihkan, ibu Carrie, pelakon Debbie Reynolds pula meninggal dunia sehari selepas Carrie.

Tags / Kata Kunci: Carrie Fisher , Billie Lourd , Star Wars

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan