Jennifer Garner Tahu Bekas Suami Ada Kekasih

Diterbitkan: Ahad, 9 Julai 2017 4:50 AM

Ben Affleck dilaporkan sedang hangat bercinta dengan penerbit program SNL iaitu Lindsay Shookus.

(Ubah saiz teks)

NAMPAKNYA Jennifer Garner sudah melupakan Ben Affleck apabila aktres itu tidak kisah apabila diberitahu bekas suaminya itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Lindsay Shookus.

Menurut sumber Jennifer sudah mengetahui tentang perkara itu lebih awal namun masih bersetuju untuk bercuti dengan Ben bersama keluarganya baru-baru ini.

"Jennifer tidak kisah dengan siapa Ben ingin berpacaran malah mengetahui tentang hubungan bekas suaminya itu dengan Lindsay.

"Ben pula tetap meletakkan kepentingan keluarga sebagai keutamaan," kata sumber itu seperti dilaporkan Us Magazine.

Tinggal kenangan...Ben dan Jennifer bersama tiga anak mereka.

Dalam pada itu, terdapat laporan mengetakan hubungan Ben dengan penerbit program SNL itu sebenarnya sudah berlanjutan selama tiga tahun semasa dia masih berkahwin dengan Jennifer.

"Ada mengatakan hubungan mereka tidak serius dan bersifat terbuka sejak tiga bulan lalu namun sebenarnya ia sudah berlanjutan sejak tiga tahun lalu," kata sumber lagi.

Pasangan itu berpisah pada 2015 selepas 10 tahun berkahwin berikutan Ben didakwa mempunyai hubungan sulit dengan pembantu rumah mereka.

Ben dan Jennifer mempunyai tiga cahaya mata iaitu Violet, 11, Seraphina, 8 dan Samuel, 5.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan