Perang Dingin Rihanna, Noami Campbell Terjawab

Diterbitkan: Sabtu, 1 Julai 2017 4:40 AM

Sebelum perang 'dingin' berlaku, Rihanna dan Noami Campbell seperti belangkas.

(Ubah saiz teks)

UMUM mengetahui penyanyi Rihanna dan supermodel Naomi Campbell bersahabat baik namun spekulasi mengenai hubungan itu mula diperkatakan apabila mereka berhenti mengikuti Instagram masing-masing sejak awal tahun ini.

Ramai tertanya-tanya tentang punca sebenar perang dingin yang berlaku di antara mereka namun Naomi menerusi satu temubual menyangkal dakwaan mereka bergaduh.

Sebaliknya menegaskan hubungannya dengan Rihanna masih akrab.

Rihanna dan Hassan Jameel menghabiskan masa bersama di Sepanyol. 

Bagaimanapun, berita percintaan Rihanna, 29, dengan pemilik syarikat Toyota Motor Arab Saudi iaitu Abdul Hassan Jameel mula memberi jawapan kepada keretakan hubungan dua selebriti terkenal itu.

Ini kerana Naomi dan Abdul Hassan pernah dikatakan bercinta malah paparazi pernah merakamkan gambar mesra mereka ketika pasangan itu menghadiri sebuah festival di London pada Julai tahun lalu.

The Sun melaporkan Naomi pernah meluahkan rasa meluat dengan Rihanna dan Abdul Hassan yang sedang dilamun bercinta dan tidak suka dilihat seperti pilihan kedua.

Hassan Jameel dikatakan menjadi punca persahabatan Rihanna dan Campbell putus kerana pernah menjalinkan hubungan dengan model tersebut tahun lalu. 

Sumber terdekat pula memberitahu Rihanna mula mengenali kekasihnya itu kira-kira 10 bulan yang lalu.

Hubungan Rihanna dan Abdul Hassan mula hebat diperkatakan apabila seorang jurugambar bebas berjaya merakamkan foto mereka ketika sedang bermesraan dalam kolam renang ketika bercuti di Ibiza, Sepanyol pada Ahad lalu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pasangan itu serius terhadap hubungan itu atau mereka sekadar rakan biasa.

Tags / Kata Kunci: Rihanna , Noami Campbell

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan