Komen Pedas John Mayer Terhadap Katy Perry

Diterbitkan: Jumaat, 30 Jun 2017 4:40 AM

John Mayer tidak mahu mengingati sebarang memori bersama Katy Perry.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI John Mayer akhirnya membuka mulut mengenai komen dibuat bekas kekasihnya, Katy Perry tentang hubungan cinta mereka sebelum ini.

John, 39, ketika ditemubual oleh majalah Rolling Stone berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk mengulas mengenai hubungan lampaunya terutam berkaitan hal peribadi.

"Saya tiada apa yang ingin katakan mengenainya kerana saya sudah melupakan fasa itu daripada hidup saya.

"Tumpuan saya kini adalah muzik dan saya seronok menjalani kehidupan saya sekarang.

Katy dan John pernah menjadi pasangan paling hangat di Hollywood.

"Saya bukannya muda lagi dan saya tidak mahu mengulanginya lagi," katanya.

Katy, 32, yang muncul menerusi program James Corden, The Late Late Show ditanya mengenai siapakah di antara tiga bekas teman lelakinya iaitu Diplo, Orlando Bloom dan John Mayer yang paling hebat di ranjang.

Perry melabelkan ketiga-tiga lelaki itu sebagai 'mengagumkan' namun meletakkan John di tempat pertama sebagai bekas teman lelakinya yang paling hebat.

John kini sedang dalam siri konsert jelajah bagi mempromosikan album terbaharunya, The Search for Everything.

Tags / Kata Kunci: Katy Perry , John Mayer

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan