Salman Khan Beraya Dengan Filem Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 24 Jun 2017 1:30 PM

Salman Khan sibuk mempromosikan filem terbarunya, Tubelight.

(Ubah saiz teks)

KEBIASAANNYA, umat Islam akan sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan menghias rumah, memasak dan membeli pakaian pada saat-saat akhir.

Berbeza dengan bintang Bollywood terutamanya Salman Khan, dia memilih untuk menyiarkan filem terbaharunya, Tubelight sebagai hidangan istimewa Aidilfitri untuk ditayangkan kepada peminat filem Bollywood.

Filem lakonannya,Tubelight sudah mula ditayangkan pada 23 Jun lalu.

Selain Salman Khan, khabarnya dua bintang terkenal Shah Rukh Khan dan Ajay Devgan juga bakal mengeluarkan trailer filem mereka dalam waktu terdekat.

"Seperti tahun sebelum ini, saya sentiasa memilih tarikh sambutan Aidilfitri untuk filem terbaharu saya. 

"Sambutan raya tahun ini saya lebih sibuk dengan promosi filem Tubelight," kata Salman Khan menerusi Indian Express.

Salman memilih untuk menyambut hari raya dan menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan rapat di kediamannya di Bandra, Mumbai.

Sementara itu, Shah Rukh Khan, Aamir Khan dan Imran Abbas juga antara selebriti Bollywood yang menyambut hari raya bersama keluarga.

Tags / Kata Kunci: Salman Khan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan