Johnny Depp Mohon Maaf Selepas 'Serang' Donald Trump

Diterbitkan: Sabtu, 24 Jun 2017 5:24 PM

Johnny Depp menarik perhatian ramai apabila menjadikan Presiden Donald Trump sebagai bahan jenakanya.

(Ubah saiz teks)

KETIKA pelakon Johnny Depp berada di festival muzik, Glastonbury pada Jumaat lalu, dia dikatakan telah menarik perhatian ramai dengan menjadikan Presiden Donald Trump sebagai bahan jenaka.

Dalam keadaan mabuk, Depp,54, meminta pelayan di salah satu lokasi filem Cineramageddon menyediakan tempat khas sebagai pentas untuk berseronok sepanjang malam.

"Saya rasa dia perlukan bantuan dan banyak lagi tempat-tempat persembunyian yang dia boleh pergi," kata Depp menerusi laporan Daily Mirror.

Tambah Depp, "Ini hanyalah soalan sahaja. Saya tidak menyindir sesiapa. Saya tahu, perkara ini menjadi topik utama di akhbar.

Johnny Depp berada di festival Glastonbury 2017 yang berlangsung pada 21 hingga 26 Jun. 

"Malah, ia akan menjadi lebih teruk. Saya mahu anda semua menjadi sebahagian daripada itu. Bila kali terakhir seorang pelakon menyerang presiden? Saya mahu kelayakan itu kerana saya bukan pelakon. Saya menipu untuk hidup.

"Bagaimanapun, benda ini hanya seketika dan mungkin sudah tiba masanya."

Selepas daripada itu, pelakon The Lone Ranger ini telah memohon maaf dan dia menyesal dengan kenyataan gurauan tersebut. 

"Saya ingin mohon maaf kerana bergurau dan menghina presiden Donald Trump. Saya tidak bermaksud apa-apa dan tiada niat jahat. Saya sekadar ingin berjenaka sahaja," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan