Mariah Carey Nyaris Tidak Dikenali

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 4:40 AM

Kelibat Mariah hampir tidak dikenali kerana fesyennya menampakkan dirinya gemuk.

(Ubah saiz teks)

ALAHAI Mariah... gara-gara berusaha untuk sentiasa kelihatan seksi dan montok, penampilannya dikecam netizen!

Seperti dilaporkan Dailymail, penyanyi berusia 47 tahun ini dilihat mengunjungi beberapa butik ketika berada di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini.

Bagaimanapun penampilannya ketika itu mencuri perhatian masyarakat setempat. Mana tidaknya, penyanyi lagu Dreamlover  ini kelihatan berisi.

Lucunya, hampir setiap mata yang memandang pada awalnya tidak perasan kelibat tersebut merupakan figura tersohor dunia kerana Mariah tidak memakai solekan dan membiarkan rambutnya disisir ke belakang.

Mariah memilih mengenakan baju berleher luas yang sangat nipis sehingga menampakkan baju dalamnya serta perutnya yang kelihatan buncit.

Lebih pelik, padanan itu dipadukan dengan seluar legging hitam ketat menampakkan bentuk badannya kelihatan amat besar dari atas.

Mungkin menyedari apa yang digayakan pada hari itu seperti tidak kena, bekas isteri Nick Cannon ini menambah sejumlah aksesori seperti rantai, anting-anting dan kaca mata bagi memberi impak glamor.

Sambil menggalas tas tangan merah, Mariah memegang erat lengan pengawal peribadinya agar tidak jatuh.

Yalah, kasut yang dipakainya itu cukup tinggi dan tidak sesuai dikenakan untuk aktiviti santai.

Tags / Kata Kunci: Mariah Carey

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan