Beyonce Selamat Bersalin Anak Kembar

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 1:07 PM

Beyonce dan Jay Z timang anak kembar pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal, Beyonce selamat melahirkan sepasang bayi kembar pada Ahad menurut laporan media Amerika Syarikat.

Berita itu didedahkan oleh majalah People dan Us Weekly sebelum E! melaporkan Beyonce dilihat berada di hospital pada Khamis lalu.

Malah seorang wanita dilihat membawa sejambak bunga berwarna ungu, merah jambu dan biru selain belon merah jambu dan biru yang tertera tulisan 'bayi perempuan' dan 'bayi lelaki'.

Bagaimanapun masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Beyonce sendiri tentang perkara itu.

"Bey dan Jay sangat teruja dengan kelahiran bayi kembar mereka dan berkongsi mengenai berita itu dengan keluarga dan rakan terdekat mereka," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Beyonce dan suaminya, Jay Z mempunyai seorang anak perempuan iaitu Blue Ivy Carter yang kini berusia lima tahun.

Penyanyi lagu Formation itu sebelum ini mendedahkan dia sedang hamil anak kembar pada Februari lalu dengan memuat naik gambarnya di Instagram.

Sejak pengumuman itu, Beyonce, 35, dilihat terbuka berkongsi tentang kehamilannya dengan peminat biarpun sebelum ini penyanyi itu agak berahsia ketika sedang mengandungkan Blue Ivy.

Tags / Kata Kunci: Beyonce , Jay Z

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan