Rihanna Berjaya Lupakan Chris Brown

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 4:30 AM

Rihanna dikatakan sedang rapat dengan ahli sukan bernama Miles.

(Ubah saiz teks)

AKHIRNYA penyanyi Rihanna sudah melupakan bekas kekasihnya Chris Brown. Menerusi laporan Hollywoodlife.com, Rihanna mengambil keputusan itu selepas lapan tahun mereka berpisah.

Ramai peminat yang beranggapan Rihanna, 29, masih menyimpan perasaan sayang terhadap penyanyi tersebut.

"Rihanna mula sedar bahawa dia perlu untuk melupakan kisah silamnya dan akhirnya dia berjaya melakukannya.

"Chris masih menghantar pesanan ringkas padanya, namun dia sedaya upaya untuk abaikan semua itu," kata sumber terdekat.

Tiada lagi drama 'cinta' antara Rihanna dan bekas kekasihnya, Chris Brown. 

Memang tidak dinafikan mereka mempunyai ikatan persahabatan yang kuat selepas berpisah. Mungkin, ini adalah jalan yang terbaik buat Rihanna supaya tidak lagi menaruh harapan pada Chris, 28.

Dalam pada itu, ada segelintir peminat membuat andaian Rihanna kini sedang mengenali ahli sukan bernama Miles Chamley-Watson.

Namun, jangan terlalu berharap. Menurut sumber, Rihanna masih lagi solo dan dia sedang menikmati kehidupan bebasnya.

"Rihanna belum lagi menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Dia kini seronok menjalani kehidupan solonya," kata sumber.

Tags / Kata Kunci: Rihanna , Chris Brown

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan