Harry Styles Tekad Jual Rumah Mewah

Diterbitkan: Rabu, 14 Jun 2017 4:45 AM

Rumah tiga tingkat ini dikatakan mempunyai pemandangan laut yang cukup mempesona.

(Ubah saiz teks)

KEJAYAAN demi kejayaan yang diraih Harry Styles dalam lapangan muzik dilihat begitu membanggakan.

Selain bersama One Direction, album solo Harry juga mendapat banyak pujian. Tidak hairanlah dengan kejayaan tersebut, bekas kekasih Kendall Jenner ini boleh membeli pelbagai barangan mewah termasuk sebuah rumah.

Januari tahun lalu, Harry pernah memutuskan untuk membeli sebuah rumah mewah yang terletak di Hollywood Hills. Namun seperti yang dilapor laman E! online, anggota One Direction itu kini memutuskan untuk menjual rumah tersebut.

 Harry mahu menjual kediamannya dengan harga US$8.5 juta.

Khabarnya, Harry menawarkan harga AS$8.5 juta untuk rumah tersebut berbanding pada harga awal membeli harta berkenaan hanya berharga AS$6.8 juta. 

Jelas, jejaka berusia 23 tahun ini mendapat untung yang cukup banyak dari hasil jualan itu.

Pun begitu ramai mengatakan harga yang ditawarkan Harry berpadanan jika diambil kira dari faktor lokasi, bangunan dan rekabentuk yang sememangnya mewah apatah lagi rumah tersebut memiliki panorama laut yang mempesonakan.

Rumah tiga tingkat seluas 408 meter persegi itu mempunyai 14 ruang termasuk tiga bilik yang dilengkapi lima bilik air selain dilengkapi ruang makan pagi, ruang tamu, home theater dan kemudahan spa serta kolam renang.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum diketahui kenapa Harry mahu menjual kediaman tersebut. Cuma ramalan mengatakan dia berbuat demikian kerana ingin segera memulakan tour solo pertamanya, 'Harry Styles Live On Tour'.

Tags / Kata Kunci: Harry Styles

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan