Jet Peribadi Jennifer Lawrence Buat Pendaratan Cemas

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 4:35 AM

Jennifer Lawrence.

(Ubah saiz teks)

JET peribadi yang dinaiki pelakon Jennifer Lawrence terpaksa membuat pendaratan cemas selepas mengalami kegagalan enjin.

Menurut laporan E! Online, pesawat yang berlepas dari Louisville, Kentucky itu terpaksa membuat pendaratan cemas di Buffalo, New York.

Detik cemas apabila salah sebuah enjin jet itu rosak pada ketinggian 31,000 kaki sebelum enjin kedua juga mengalami masalah sama.

Bagaimanapun jet itu selamat mendarat tanpa sebarang masalah walaupun terbang tanpa enjin dan keadaan Jennifer selamat walaupun dilaporkan trauma dengan kejadian itu.

Tags / Kata Kunci: Jennifer Lawrence

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan