'Drama' Brad Pitt Dan Angelina Jolie Berakhir Demi Anak

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 4:45 AM

Brad Pitt dan Angelina Jolie mengambil keputusan untuk memulihkan hubungan mereka sebagai ibubapa.

(Ubah saiz teks)

MESKIPUN Brad pitt, 52,  dan Angelina Jolie, 41, mencetuskan pelbagai drama sejak isu perceraian mereka yang masih dalam proses perbicaraan, mereka masih mengutamakan anak-anak terlebih dahulu.

Malah, Brad dan Angie juga sanggup ketepikan ego mereka.

"Brad Pitt dan Angelina berusaha untuk ketepikan ego mereka dan meninggalkan drama perceraian mereka demi kebaikan anak-anak mereka," kata sumber menerusi Hollywood.Life.com.

Peminat juga memuji sikap pasangan yang dikenali sebagai Brangelina ini menguruskan anak-anak dengan hanya melakukan yang terbaik. 

Menurut sumber terdekat, Maddox, 15, Pax, 12, Zahara, 11, Shiloh, 10, dan kembar Vivienne dan Knox, 8, sukar untuk menerima kenyataan ibu dan bapa mereka tidak lagi bersama. 

Brangelina mengutamakan anak-anak demi kebahagian mereka. 

"Anak-anak mereka mengambil masa yang lama untuk menerima kenyataan. Disebabkan itu, Brad dan Angie sedar keutamaan mereka berdua hanyalah kebahagian anak-anak.

"Brad dan Angelina juga kini cuba sedaya upaya untuk menyusun jadual karier seni mereka supaya dapat meluangkan masa bersama anak-anak bersama," tambah sumber. 

Pasangan ini juga sedang belajar untuk memulihkan hubungan sebagai ibubapa yang baik biarpun tidak lagi bersama.

Tags / Kata Kunci: Brad Pitt , Angelina Jolie

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan