Alasan Victoria Beckham Sering Memakai Kaca Mata

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mei 2017 6:00 AM

Aksi Victoria bersama salah satu koleksi kacamatanya

(Ubah saiz teks)

MENJADI antara ikon fesyen Hollywood, kemunculannya sering mencuri tumpuan dan kalau anda salah seorang menjadi pengikut tegarnya, pasti terperasan Victoria Beckham cukup sinonim dengan gaya berkaca mata biarpun berada di lokasi tertutup.

Apa yang mengejutkan, dia yang turut dikenali dengaan sapaan Posh Spice ini mengakui pemakaian kaca mata bukanlah bertujuan untuk menyorok identitinya daripada buruan paparazi seperti lazim dilakukan sesetengah selebriti lain, sebaliknya dia ada alasan tersendiri.

"Kaca mata sebenarnya menjadi sentuhan terakhir cara saya melengkapkan gaya. 

"Aturan tidur yang tidak menentu disebabkan kesibukan bekerja membuatkan timbulnya lingkaran hitam di sekitar mata. Saya tidak selalunya perlu bermekap dan kaca mata adalah penyelamat keadaan," katanya seperti yang dilaporkan The Mirror.

Pun begitu kata Posh, meskipun dia sentiasa sibuk dengan kerjaya di dunia fesyen, itu bukanlah alasan untuk dia tidak mengambil berat tentang keluarga.

"Saya akan lakukan apa sahaja demi keluarga kerana mereka adalah segala-galanya. Sekalipun David sentiasa berjauhan, saya sentiasa ada untuk anak-anak," ujar wanita  berusia 43 tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Victoria Beckham

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan