Nia Ramadhani Tolak Tawaran Iklan Anak - Bintang Global | mStar

Nia Ramadhani Tolak Tawaran Iklan Anak

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 5:30 AM

Nia Ramadhani bersama suami dan anak-anaknya.

(Ubah saiz teks)

SEJAK daripada dahulu anak pertama Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie iaitu Mikhayla Bakrie sering mencuri perhatian banyak pihak kerana memiliki wajah yang cantik.

Namun ia bukan alasan kepada pasangan itu untuk menjadikan kelebihan berkenaan sebagai salah satu punca pendapatan.

Akui Nia, dia sudah banyak menolak tawaran bagi anaknya menjayakan iklan televisyen.

Menurut Nia, selain ditawarkan untuk menjadi duta di Instagram, Mikhayla juga banyak diintai penerbit.

Bagaimanapun kata Nia, dia tidak mahu anaknya itu terjun ke dunia hiburan.

"Saya tolak dengan baik,” demikian menurut Nia seperti yang dilaporkan portal hot.detik.

Perkara itu turat disokong suaminya, Ardi Bakrie.

“Tak perlulah buat masa ini,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Nia Ramadhani
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan