Pengarah Puji Lakonan David Beckham Dalam 'King Arthur' - Bintang Global | mStar

Pengarah Puji Lakonan David Beckham Dalam 'King Arthur'

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mei 2017 6:00 AM

Aksi David dalam filem pertama lakonannya iaitu King Arthur: The Legend of The Sword.

(Ubah saiz teks)

LAKONAN pertama pemain bola sepak David Beckham dalam filem King Arthur: The Legend of The Sword menerima kritikan netizen.

Bagaimanapun, pengarah filem berkenaan Guy Ritchie menganggap lakonan David tidak mengecewakan sama sekali.

"Dia mengagumkan, saya menyukai lakonannya dan pada saya dia seorang yang berbakat," ujarnya.

Sementara itu, bintang utama filem berkenaan Charlie Hunnam juga bersetuju dengan pendapat pengarah tersebut.

"Dia melakukannya dengan baik. Pada pandangan saya dia seorang yang merendah diri dan fokus ketika bekerja," ujarnya.

Secara keseluruhan, King Arthur: The Legend of The Sword menerima reaksi positif sejak tayangan perdana.

Filem ini dijangka menembusi carta pecah panggung.

Tags / Kata Kunci: David Beckham
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan