Diddy Disaman Chef Peribadi Kerana Gangguan Seksual

Diterbitkan: Khamis, 11 Mei 2017 5:40 AM

Diddy disaman oleh bekas chef peribadinya atas dakwaan gangguan seksual, fitnah dan mendatangkan tekanan.

(Ubah saiz teks)

BEKAS tukang masak peribadi Diddy iaitu Cindy Rueda memfailkan saman terhadap penyanyi rap terkenal itu atas dakwaan gangguan seksual.

Cindy memberitahu dia sering diminta untuk menyediakan makanan untuk Diddy dan rakan-rakannya ketika atau selepas mereka melakukan hubungan seks.

Cef itu turut mendakwa dia pernah menghidangkan makanan ketika penyanyi rap itu dalam keadaan bogel dan Diddy bertanya adakah dia sukakan tubuh badannya.

Malah katanya, kawan penyanyi itu pernah masuk ke dapur dalam keadaan bogel dan memintanya melihat kemaluannya.

Katanya lagi, dia pernah mengadu tentang perbuatan Diddy dan rakan-rakannya kepada pihak pengurusan penyanyi itu namun dia mendakwa diugut.

Dalam affidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles, wanita itu memberitahu dia turut diperangkap kerana mencuri sebelum dipecat kerana mengadu tentang gangguan seksual yang berlaku.

Selain gangguan seksual dan fitnah, Cindy turut memfailkan saman terhadap Diddy kerana gagal membayar wang dia bekerja lebih masa dan tekanan melampau.

Kata chef itu, dia mula bekerja dengan Diddy sejak 2015 dan kebiasaannya akan memulakan tugasnya pada pukul 9 pagi dan ia berlarutan sehingga tengah malam dan tidak dibayar.

Diddy dalam satu kenyataan menyifatkan dakwaan Cindy itu sebagai fitnah kerana tidak berpuas hati dipecat.

Tags / Kata Kunci: Diddy

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan