Katy Perry Dikecam Gayakan Gaun Rekaan John Galliano - Bintang Global | mStar

Katy Perry Dikecam Gayakan Gaun Rekaan John Galliano

Diterbitkan: Rabu, 3 Mei 2017 6:01 AM

Pakaian yang digayakan Katy Perry.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Katy Perry dikritik apabila menggayakan busana rekaan John Galliano ketika berjalan di karpet merah pada acara The Met Gala 2017, Isnin lalu.

Penyanyi lagu Fireworks ini dituduh menyokong John Galliano yang sebelum ini pernah didenda oleh mahkamah di Paris selepas mengeluarkan kenyataan berbaur anti-Yahudi.

Pada tahun 2011, John Galliano dikecam berikutan menghina seorang berbangsa Yahudi dan menyatakan dirinya sebagai penyokong Hitler. Bagaimanapun, pereka fesyen itu dikatakan melakukan perkara berkenaan dalam keadaan mabuk.

"Ya Tuhan, kenapa dia mengayakan busana yang direka oleh seorang yang anti-Yahudi. Saya harap Katy Perry membawa pakaian lain," ujar salah sorang netizen.

Sehingga kini, Katy Perry belum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap perkara itu.

Tags / Kata Kunci: Katy Perry

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan