Rossa Perlahankan Kerjaya Seni Demi Anak

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 4:30 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Indonesia popular Datuk Rossa memberitahu dia memerlahankan kerjaya seninya sejak setahun lalu bagi memberi perhatian kepada pembesaran anaknya, Rizky, 12.

Rossa berkata, sebagai ibu tunggal, dia mahu anaknya mendapat sepenuh kasih sayang seorang ibu.

Pemilik nama penuh Sri Rossa Roslaina Handayani berkata, usia yang sedang membesar adalah masa terbaik untuk dia sentiasa berada disamping Rizky.

"Setahun ini saya banyak menghabiskan masa bersama Rizky, dia akan ke sekolah pada sebelah pagi, jadi saya akan pastikan bertemu dengannya sebelum dia ke sekolah.

"Saya bimbang dengan pembesaran dia jika saya terlalu sibuk dengan jadual kerja," ujarnya seperti dipetik dari Detik Hot.

Tags / Kata Kunci: Rossa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan