John Legend Kongsi Rahsia Bahagia - Bintang Global | mStar

John Legend Kongsi Rahsia Bahagia

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 4:30 AM

(Ubah saiz teks)

PASANGAN Hollywood popular John Legend dan Chrissy Teigen sememangnya dikenali sebagai pasangan suami isteri paling sempurna.

Dalam satu temubual eksklusif bersama BuzzFeed, penyanyi ini mendedahkan rahsia hubungan rumah tangganya kekal bahagia.

Katanya, dia sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh isterinya.

Selain itu, dia berkata sering menghabiskan masa bersama biarpun kedua-dua mereka sibuk bekerja.

"Kami sentiasa ada bersama walaupun kedua-duanya mempunyai jadual yang padat. Perkara itu membuatkan kami sering mengingati masa-masa awal percintaan," ujarnya.

John juga berkata, dia sering melibatkan isteri dan anak-anaknya dalam kerjayanya sebagai artis.

Kebanyakkan lagu-lagu nyanyiannya akan menampilkan isteri dan anaknya sebagai pelakon dalam muzik video lagu tersebut.

Tags / Kata Kunci: John Legend
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan