Julia Roberts Wanita Tercantik Dunia 2017

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 11:29 AM

Julia Roberts dinamakan sebagai Wanita Tercantik Dunia 2017 oleh majalah People.

(Ubah saiz teks)

AKTRES terkenal Hollywood Julia Roberts sekali lagi dinobatkan sebagai Wanita Tercantik Dunia 2017 menerusi edisi tahunan majalah People.

E! Online melaporkan penghargaan itu adalah kali kelima diterima oleh pelakon filem Pretty Woman itu sepanjang karier seninya.

Kali pertama Julia menerima gelaran wanita tercantik dunia adalah pada tahun 1991 dan ketika itu dia baharu sahaja berusia 23 tahun.

Julia turut menerima penghargaan sama untuk tiga lagi edisi tahunan majalah People iaitu pada 2000, 2005 dan 2010.

Edisi tahunan majalah People menamakan Julia Roberts sebagai Wanita Tercantik Dunia 2017.

Mengulas mengenai perkara itu, Julia berkata, ia adalah diluar jangkaan namun dia berterima kasih.

"Saya sangat terharu," katanya yang juga pernah memenangi trofi Aktres Terbaik pada 2000 menerusi lakonannya dalam filem Erin Brockovich.

Julia yang berkahwin dengan Danny Moder mempunyai tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar, Phinnaeus dan Hazel, 12, dan Henry berusia 9 tahun.

Tags / Kata Kunci: Julia Roberts

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan