Chris Brown Bakal Didakwa Serang Jurugambar

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 5:40 AM

Chris Brown menyerang seorang jurugambar ketika keluar daripada sebuah kelab di Tampa, Florida.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI kontroversi Chris Brown sekali lagi menimbulkan masalah apabila dia dilaporkan menyerang seorang jurugambar ketika keluar daripada sebuah kelab di Tampa, Florida.

E! Online melaporkan Chris, 27, menumbuk muka jurugambar yang dikenali sebagai Bennie L. Vines sehingga lelaki itu mengalami kecederaan pada bahagian bibir.

Bennie dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi lagu With You itu selepas membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Balai Polis Tampa dalam satu kenyataan memberitahu ketika kejadian Chris berang dengan Bennie yang juga jurugambar untuk kelab berkenaan kerana mengambil gambarnya sebelum bertindak menumbuk muka lelaki itu.

Bagaimanapun ketika polis tiba ditempat kejadian Chris bersama rakan-rakannya sudah pun meninggalkan kelab itu.

Ini bukan kali pertama Chris bertindak diluar batasan dan pada 2014 dia mengaku bersalah atas tuduhan menyerang peminat yang ingin mengambil gambar dengannya.

Manakala pada 2009 dia ditahan kerana membelasah bekas teman wanitanya yang juga penyanyi Rihanna.

Tags / Kata Kunci: Chris Brown

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan