Video Dian Sastrowardoyo Tepis Tangan Peminat Tersebar

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 2:01 PM

Dian Sastrowardoyo kini muncul filem berjudul Kartini.

(Ubah saiz teks)

PENGARAH filem Kartini, Hanung Bramantyo tampil memohon maaf terhadap kelakuan salah seorang pelakon filem itu iaitu Dian Sastrowardoyo yang dianggap tidak sopan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh aktres tersebut di aplikasi Instagram Story peribadinya, Dian menolak permintaan foto daripada peminatnya dengan menepis tangan peminat wanita itu.

"Selaku pengarah filem Kartini, saya minta maaf jika salah seorang pelakon filem itu bertindak tidak sopan kepada penonton. Kami sudah berusaha untuk selalu berkelakuan baik, tapi kami juga manusia.

"Kami juga kadang-kala tidak sedar dan penat hingga timbul perkara yang tidak dapat dielakkan.

"Saya percaya apa yang dilakukan oleh Dian atau pelakon lain adalah secara tidak sengaja, harap maafkan kami," ujarnya menerusi laman Instagram pada Selasa.

Hanung membuat permohonan maaf itu selepas netizen menyatakan perasaan kecewa dengan sikap pelakon kegemarannya itu.

Dalam video yang tersebar di media sosial, aktres yang popular dengan watak Cinta itu sedang berjalan menuju panggung wayang untuk tayangan perdana filem terbaharunya Kartini.

Dia dikelilingi peminat yang cuba untuk mengambil gambar bersama, seorang peminatnya yang berada di belakang memegang lengannya, namun ditepis oleh Dian dan menolak permintaan tersebut.

Video tersebut menjadi tular dan mendapat kritikan netizen yang beranggapan pelakon wanita itu tidak layak membawakan watak Kartini seperti dalam filem berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Dian Sastrawardoyo , Kartini

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan