Ingatan Julia Perez Terganggu Akibat Kanser

Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 6:10 AM

Jupe kini masih berada di hospital bagi mendapatkan rawatan kanser. Foto Instagram @juliaperez

(Ubah saiz teks)

INGATAN penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe dilaporkan mula merosot dan sukar mengenali orang disekelilingnya kesan daripada kanser servik yang dialaminya.

Adik kepada Jupe, Nia Anggia memberitahu media negara itu kesihatan kakaknya semakin parah dan sukar untuk mengenali anggota keluarganya sendiri.

Menurut laman Tribunnews, teman rapat Jupe, Eko Patrio pula berkata, selain berat badan semakin merosot, Jupe, 36, juga sudah tidak mampu berjalan.

“Berat badan Jupe semakin susut dan lebih parah dia sudah mula lupa keluarga dan teman-teman.

"Keadaan kesihatannya boleh dikatakan semakin teruk. Dia sudah tidak mampu berjalan kerana kaki kirinya membengkak.

"Sudah ramai rakan artis dan teman rapat datang melawat Jupe di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo,” ujarnya.

Jupe mula bergelar penyanyi sejak tahun 2002 dan dia telah menghasilkan empat buah album iaitu Kamasutra, Aku Rapopo, Dangdut Galau dan The Best Of Julia Perez.

Dia disahkan mengidap kanser servik pada tahun 2014 dan telah menjalani rawatan kimoterapi.

Tags / Kata Kunci: Julia Perez , Jupe

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan