Trailer 'The Last Jedi' Trending Di Youtube

Diterbitkan: Sabtu, 15 April 2017 11:12 AM

Star Wars: The Last Jedi bakal menemui penonton di pawagam bermula 15 Disember 2017.

(Ubah saiz teks)

TRAILER filem terbaharu Star Wars: The Last Jedi arahan Rian Johnson kini berada di tangga pertama carta trending di Youtube sejak ia dilancarkan pada Jumaat.

Sehingga kini video berdurasi 2.12 minit itu sudah pun mencecah 11 juta tontonan dan rata-rata peminat sudah tidak sabar untuk menonton filem itu di pawagam.

New York Times melaporkan trailer itu memperlihatkan sedutan beberapa karakter daripada filem terdahulu iaitu The Force Awakens termasuk Kylo Ken, Rey, Finn, Poe Dameron dan BB-8.

Sedutan trailer itu dimulakan dengan Rey lakonan Daisy Ridley terhempas di atas batu sambil tercungap-cungap sebelum visual beralih kepada sebuah lautan luas dan pulau yang juga lokasi babak akhir dalam The Force Awakens.

Antara babak menarik dalam The Last Jedi.

Kemunculan individu tidak dikenali dengan berambut dandan yang hanya dipaparkan dari belakang juga mendebarkan selain menimbulkan tanda tanya penonton.

The Last Jedi menampilkan barisan pelakon seperti Mark Hamill, Carrie Fisher, Adam Driver, Daisy Ridley, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong'o, Domhnall Gleeson, Anthony Daniels, Gwendoline Christie dan Andy Serkis.

Pelakon baharu dalam The Last Jedi adalah Benicio del Toro, Laura Dern dan Kelly Marie.

Star Wars: The Last Jedi bakal menemui penonton pada 15 Disember depan.

Tags / Kata Kunci: Star Wars: The Last Jedi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan