Drake, The Chainsmokers Terima 22 Pencalonan Anugerah Billboard 2017

Diterbitkan: Sabtu, 15 April 2017 6:00 AM

Drake mampu menarik nafas lega apabila mendapat 22 pencalonan pada anugerah Billboard Music Awards 2017 yang bakal berlangsung pada 21 Mei depan.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Drake dan kumpulan The Chainsmokers mendahului senarai pencalonan Billboard Music Awards 2017.

Page Six melaporkan mereka masing-masing menerima 22 pencalonan pada acara yang bakal berlangsung pada 21 Mei depan.

Mengikuti rapat ialah Twenty One Pilots dengan 17 pencalonan diikuti oleh Rihanna (14), The Weeknd (13) dan Beyonce (8).

The Chainsmokers turut mendapat 22 pencalonan pada anugerah Billboard Music Awards.

Drake, The Chainsmokers, Twenty One Pilots, Rihanna, The Weeknd dan Beyonce — bakal bertanding bagi merebut trofi Top Artist disamping Adele, Justin Bieber, Ariana Grande dan Shawn Mendes.

Drake juga dicalonkan menerusi kategori Top Male Artist dan Top Billboard 200 Artist sementara The Chainsmokers merebut trofi Top Duo/Group dan Top 100 Artist.

Senarai pencalonan itu dipilih berdasarkan beberapa faktor termasuk penjualan album dan single, putaran radio, jualan secara digital dan sosial media.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan