Festival Tahunan 'Star Wars' Berlangsung Empat Hari

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 12:20 PM

Festival Star Wars 2017 yang diadakan di Orlando, Amerika Syarikat mendapat sambutan luar biasa peminat.

(Ubah saiz teks)

FESTIVAL terbesar bagi meraikan filem Star Wars bersama peminat berlangsung meriah pada acara yang diadakan di Orange Country Convention Center di Orlando, Amerika Syarikat bermula Khamis.

Hollywood Reporter melaporkan acara yang dinamakan Star Wars Celebration 2017 itu diadakan selama empat hari dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk seminar dan sesi bertemu dengan barisan pelakonnya.

Lebih mengujakan peminat setia filem itu turut boleh menyaksikan acara itu secara langsung secara dalam talian menerusi laman web StarWars.com dan Star Wars Youtube sehingga Ahad ini.

Festival yang pertama kali diadakan di Denver pada 1999 turut pernah diadakan di London, Jerman dan Jepun.

Pelakon Mark Hamill dan Harrison Ford hadir pada hari pertama festival itu bagi menghadiri seminar 40 Tahun Star Wars.

Dilaporkan juga ramai selebriti Hollywood terkenal akan berada pada festival itu untuk bertemu dengan peminat.

Antara nama yang akan berada pada festival itu adalah Hayden Christensen, Mark Hamil, Ian McDiarmid, Anthony Daniels dan Billy Dee Williams.

Sementara itu, seminar 40 Tahun Star Wars yang disiarkan secara langsung secara talian memperlihatkan George Lucas dan Harrison Ford tampil secara mengejut.

Dilaporkan pada acara itu juga trailer filem terbaharu Star Wars iaitu Episode VIII akan ditayangkan secara eksklusif.

Tags / Kata Kunci: Star Wars

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan