Acha Septriasa Empat Bulan Hamil Anak Sulung

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 6:02 AM

Acha Septriasa bersama suaminya, Vicky.

(Ubah saiz teks)

PELAKON popular Indonesia, Acha Septriasa membawa khabar gembira apabila mengumumkan mengenai kehamilannya.

Menurut sumber portal Liputan 6, Acha mengaku usia kemahilannya kini memasuki bulan keempat. Hal tersebut disahkan oleh Acha semasa menghadiri sebuah majlis di Kota Jakarta.

"Alhamdulillah, kandungan sihat. Sudah masuk 15 minggu. Kami tak kisah jantina anak, asalkan ia sihat," kata pelakon filem My Heart ini.

Acha Septriasa

Walau bagaimanapun, Acha tak mahu terlalu berbicara mengenai kehamilannya. Suaminya, Vicky Kharisma, menyatakan sokongan terhadap karier isterinya meskipun Acha sedang hamil.

"Saya tak halang Acha untuk terus berkarya dan akan terus menyokongnya. Memang ini minatnya sejak dulu lagi, iaitu memajukan karya-karya filem Indonesia.

"Meskipun sedang hamil, Acha bercita-cita untuk sambung pengajian dan mengajar anak muda Indonesia yang meminati dunia seni lakonan," ujar Vicky.

Terdahulu, Acha dan Vicky telah bernikah pada 11 Disember 2016 di Jakarta, Indonesia.

Tags / Kata Kunci: Acha Septriasa

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan