Tatu Di Dada Anak Bongsu Shah Rukh Khan Curi Perhatian

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 5:30 AM

Shah Rukh Khan bersama anaknya, AbRam Khan. -foto bollywoodlife.com

(Ubah saiz teks)

UMUM mengetahui bahawa Shah Rukh Khan sering dilihat bersama anak bongsunya, AbRam Khan.

Terbaharu selebriti terkenal Bollywood itu hadir bersama anaknya menyaksikan perlawanan kriket antara pasukan miliknya, Kolkata Knight Riders menentang Gujarat Lions.

Tapi bukan aksi perlawanan dua pasukan itu yang ingin diperkatakan sebaliknya kelibat dan penampilan AbRam.

Kanak-kanak berusia empat tahun itu mencuri perhatian apabila lukisan tatu dapat dilihat di dada kanannya.

Ia kelihatan menyerupai tatu yang terdapat di dada Shah Rukh sendiri.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di portal bollywoodlife.com, kedua-dua mereka mengenakan kemeja-T berwarna putih ketika hadir menonton perlawanan itu.

Bagi peminat setia Bollywood, mereka percaya hanya Shah Rukh Khan yang berani tampil dengan sesuatu yang berbeza.

Walaupun tidak mengetahui mengapa AbRam perlu mempunyai tatu, mereka yakin bapanya itu mempunyai alasanya yang tersendiri.

Tags / Kata Kunci: Shah Rukh Khan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan