Kendall Jenner Ditawar Bintangi Iklan Porno

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 5:00 AM

(Ubah saiz teks)

MODEL terkenal Kendall Jenner yang baharu sahaja terpalit kontroversi iklan Pepsi kini ditawarkan membintangi iklan porno menerusi laman sosial Twitter milik bintang tersebut.

Akaun twitter itu menawarkan Kendall untuk bekerjasama dengan mereka selepas reputasinya sebagi model terkenal terjejas.

"Hey KendallJenner kita boleh bekerjasama untuk pembikinan sebuah video porno," tulisnya di Twitter.

Kendall tidak membalas perkara itu, malah memberi peringatan tegas agar tidak cuba terus mempermainkan reputasinya.

Dia turut menyekat akaun twitter porno tersebut agar tidak terus mengirim ayat dan perkataan tidak sopan.

Terdahulu, Kendall masih kesal dengan tindakannya membintangi iklan Pepsi yang menyinggung aksi protes Black Lives Matter.

Sumber memberitahu, dia berasa malu dan bersalah serta menganggap seluruh dunia sedang membencinnya.

Tags / Kata Kunci: Kendall Jenner

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan