Janet Jackson Berpisah Dengan Jutawan Qatar

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 2:46 PM

Janet dan suaminya ambil keputusan berpisah selepas dikurnikan cahaya mata pertama.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Janet Jackson dilaporkan berpisah dengan suami yang merupakan seorang jutawan beberapa bulan selepas melahirkan anak pertama mereka.

Seperti dipetik Malay Mail, kakak kepada mendiang Michael Jackson ini berkahwin dengan ahli perniagaan Qatar, Wissam Al Mana pada tahun 2012 dan melahirkan cahaya mata pertama mereka Eissa pada 3 Januari lalu.

Sebelum ini, Janet mengambil keputusan untuk berehat dan menangguhkan siri jelajah dunia Unbreakble bagi memberi perhatian terhadap perkahwinannya.

Bagaimanapun, malam Sabtu, rakan rapat wanita itu memberitahu kedua-dua mereka membuat keputusan untuk berpisah sebagai jalan terbaik.

"Kedua-dua mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing, namun telah berazam untuk menjadi ibu bapa yang baik walaupun berjauhan. Eissa akan dijaga oleh ibunya yang tinggal di London," ujar sumber.

Terdahulu, minggu lalu, portal hiburan terkemuka melaporkan bahawa Al Mana bahagia dengan kehidupan rumah tangga tersebut dan menganggap Janet sebagai seorang isteri yang setia dan baik.

Tags / Kata Kunci: Janet Jackson

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan