Anak-Anak Benci Filem Lakonan Adam Sandler

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 5:40 AM

Adam Sandler tidak berkecil hati anak-anaknya membenci lakonannya.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Adam Sandler mendedahkan anak-anaknya benci dengan filem lakonannya kerana merasakan ia membosankan.

Adam berkata dua anak perempuannya, Sadie, 10 dan Sunny, 8, juga tidak memahami mengapa dia mempunyai peminat yang ramai dan sering menjadi tumpuan apabila berada di tempat awam.

"Ia lucu sebenarnya kerana mereka yang merayu untuk menonton filem lakonan saya kerana mereka berasa hairan ada peminat bercakap tentang lakonan saya apabila bertemu di tempat awam.

"Sebab itu mereka ingin menonton sendiri dan menilai apa yang mereka dengar.

"Bagaimanapun setiap kali saya pasang mereka akan beritahu ia membosankan dan ingin menonton sesuatu yang lain," katanya ketika muncul dalam program Ellen DeGeners.

Bagaimanapun kata Adam, 50, dia tidak berkecil hati dengan sikap anak-anaknya itu kerana memahami citarasa kanak-kanak berbeza.

Tags / Kata Kunci: Adam Sandler

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan