Mel B Buat Pendedahan Sering Dibelasah Suami

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 5:40 AM

Mel B memfailkan perceraian terhadap Stephen Belafonte selepas 10 tahun berkahwin.

(Ubah saiz teks)

BEKAS anggota kumpulan Spice Girls iaitu Mel B memfailkan injuksi sementara bagi menghalang suaminya, Stephen Belafonte daripada mendekatinya.

TMZ melaporkan dalam dokumen itu Mel B mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga selain dipukul dan diugut sepanjang 10 tahun berkahwin.

Juri program America's Got Talent dan X Factor itu berjaya dalam tuntutan itu dan Stephen, 41, diarahkan untuk meninggalkan rumah mereka di Los Angeles dan menjauhinya selain tiga anak mereka, Phoenix, 18, Angel, 10 dan Madison, 5 tahun.

Dalam pada itu, dalam dokumen kepada mahkamah, Mel B mendedahkan dia dicekik sebelum dihumban ke lantai oleh suaminya sebelum dia muncul pada peringat akhir program Dancing With the Stars pada 2007.

Pada Julai 2012 pula, Stephen menuduhnya bermain cinta dengan penyanyi Usher ketika dia merakamkan segmen untuk progam X-Factor.

Akibatnya, dia ditumbuk sehingga menyebabkan bibirnya mengalami luka dan lebam.

Keadaan Mel B ketika muncul pada program X-Factor ketika itu pernah menjadi bahan bualan namun dia menyangkal dipukul suaminya.

Sementara itu, Mel B mendakwa pada Ogos 2012, dia sekali lagi menjadi mangsa panas baran suaminya selepas dia bersama anggota Spice Girls selesai mengadakan persembahan pada majlis penutup Sukan Olimpik London.

Mel B memberitahu Stephen memaksanya untuk memuat naik status di Twitter dengan memberitahu kecederaan dialaminya kerana terjatuh akibat memakai kasut tumit tinggi jenama Christian Louboutin.

"Apabila sesuatu yang baik berlaku dalam hidup saya dia akan menggunakan kekerasan bagi menunjukkan siapa yang berkuasa," tulisnya dalam dokumen itu.

Lebih mengejutkan Mel B mendedahkan mereka sering mengajak orang lain melakukan hubungan seks  dan lelaki itu mengugut untuk menyebarkan rakaman aksi mereka bagi memusnahkan kariernya.

Stephen juga pernah menghamilkan pembantu rumah mereka dan mahu wanita itu melahirkan anak tersebut sebelum memaksanya mengugurkan kandungan menggunakan wangnya.

Pendedahan berlaku sejurus selepas seminggu Mel B memfailkan cerai terhadap Stephen selain memohon hak penjagaan sama rata terhadap anak mereka, Madison.

Tags / Kata Kunci: Mel B , Spice Girls , Stephen Belafonte

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan