Zayn Malik Menyorok Dalam Troli Pakaian Kotor - Bintang Global | mStar

Zayn Malik Menyorok Dalam Troli Pakaian Kotor

Diterbitkan: Ahad, 26 Mac 2017 4:30 AM

(Ubah saiz teks)

POPULARITI bekas ahli kumpulan One Direction iaitu Zayn Malik tidak terjejas biarpun mengambil keputusan keluar daripada kumpulan berkenaan.

Penyanyi lagu Pillowtalk itu masih mendapat perhatian daripada peminat-peminat fanatiknya jika berada di tempat umum.

Zayn dilaporkan terpaksa bersembunyi di dalam troli berisi pakaian kotor semata-mata untuk keluar daripada sebuah hotel ketika berada di Paris.

"Ribuan peminat menantinya di luar hotel, Zayn perlu bersembunyi di dalam troli berisi baju-baju kotor dan dihantar hingga ke keretanya," ujar sumber kepada Mirror.

Kekasih kepada model Gigi Hadid itu sedang dalam proses pembikinan album solo pertamanya.

Terdahulu, Zayn melancarkan single solo terbaharu berjudul Still Got Time dengan kolaborasi bersama Frank Dukes dan Murda Beatz.

Tags / Kata Kunci: Zayn Malik
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan