Tom Cruise Jatuh Cinta Wanita 26 Tahun Lebih Muda - Bintang Global | mStar

Tom Cruise Jatuh Cinta Wanita 26 Tahun Lebih Muda

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mac 2017 5:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTOR Tom Cruise dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan bintang muda, Vanessa Kirby.

Dia sebelum ini tidak pernah dikaitkan menjalin hubungan romantis dengan mana-mana wanita selepas menceraikan Katie Holmes lima tahun lalu.

Menurut laporan Mirror, pelakon Mission Impossible itu dikatakan menyukai aktres British berkenaan yang kini berusia 28 tahun.

Vanessa Kirby

Menurut sumber yang rapat, Cruise "terpesona dengan daya tarikan" wanita berkenaan.

Pasangan itu bertemu ketika Kirby menghadiri sesi uji bakat filem sekuel Mission Impossible 6.

Cruise, 54, dilaporkan meletakkan nama Kirby ke hadapan selepas menonton lakonannya dalam siri Netflix The Crown.

"Tom memberitahu penerbit Mission Impossible yang lain bahawa dia mahu Vanessa diberi peranan penting dalam filem berkenaan," kata sumber.

Bagaimanapun hingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada Cruise benar-benar sedang dilamun cinta dengan pelakon yang 26 tahun lebih muda daripadanya itu.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan